Embrace uncertainty

 

Assalamualaikum & Hi, Dreamers.

Ohh, cool-nya bila bahaskan my readers as ‘Dreamers’ – macam fan club lah pulak.. Huhu. I know right, I’m not even that level, yet. Lol.

Actually tujuan aku tiba2 mengangkat pena pada pukul 1.43am, hari Rabu bersamaan dengan 3hb Jun 2020 adalah kerana (1) Aku baru je minum kopi sebelum Maghrib tadi so lambat lagi la nak tido dan (2) Tiba-tiba idea mai lepas otp dengan bonda since 8.30pm  sampai pukul 12.30-ish sebentar tadi. Orang kata, rezeki jangan ditolak. Kalau dah berkenan kat someone cepat2 datang meminang, dan kalau idea tiba2 datang tanpa diundang, sebagai seorang penulis kau kena lekaih muntah balik idea tu. Jangan biar depa masuk balik menyorok hat celah2 brain cells. Jenuh kau nak perah suruh dia keluar balik. Heh.

By this time, kalau kau perasan, aku sebenarnya ada sedikit kecelaruan. Kalau kau dapat tangkap sebelum aku bagitau apa dia, kau memang terer bro. Tak pun, kau memang kenal sangat aku. Hehehe. Sebenarnya, untuk penulisan kali ini, aku tak tahu nak guna gaya bahasa apa? Dan, BAHASA apa? End up, aku mixed jela. Okay, tak okay?

Jadinya, macam aku tengah cakap face-to-face dengan korang sekarang, secara informal. Macam sembang kat kafe hipster, lepas sesi photoshoot bersama sang teman atau kekasih. Itu pun, kalau kau tak layan phone sepanjang sesi ngopi. Tak jadi nama sesi ngopi Deknon kalau asyik tengok phone, masing2 scroll media sosial sambil like gambar each other yg baru di edit dan di post tadi. Ye dak? Ok lah, aku harap korang sabar lah dengan intro aku yang panjang dan agak pointless ini. 

Dear Dreamers, eceh.

So gais, lately kan, aku ada satu persoalan selalu datang bertandang tau. No, bukan rombongan. Bukan juga persoalan berkenaan jodoh. Slow down sikit gais. Lupa baca tajuk ka? Aiya.

Ini dia persoalannya.

“도대체 누가 되고 싶어?

I need to admit that I copy+paste je tulisan Korea tu. Huhu. Sejujurnya. Tapiii… I did repeat the word ‘do dae che nuga’ a lot, which translated as – Hang ni sapa? Aku tolong korang translate kat google, tapi ni yang di bagi.. Hmm. Aku malas je nak drop feedback. Korang, kalau rajin, sila lah tolong.

2020-06-03 02_18_16-translate - Google Search

Siapa sebenarnya aku ni? Persoalan yang paling susah untuk dijawab sampai Psychologist bertahun-tahun buat kajian cara paling mudah nak kenali diri sesorang. Sebab nanti mudah nak kenal pasti kemana hala tuju seseorang tu. Sebagai seorang muslim, kau tahu, soalan tu dah ada jawapan.

2020-06-03 02_30_25-Surah Adh-Dhariyat [51_56] - Al-Qur'an al-Kareem - القرآن الكريم

[credit]

Switched from Korean to Islamic real fast, huh? At least we always coming back to the root kan? Aku jumpa satu penjelasan ayat kat atas ni di satu website, for authenticity, aku sreenshot je. Hope it’s cool ya. ^^

2020-06-03 02_47_40-Surah Adh-Dhariyat 51_47-60 - Towards Understanding the Quran - Quran Translatio

Lately aku suka refer English translate & penjelasan dalam English. Sebab aku ni tak power vocab, so kena banyakkan membaca. Btw, kita bukannya nak bahas issue ni sangat put, tapi kalau korang nak baca lebih, boleh la visit islamicstudies.info. Sikit jela pun aku nak petik, siapa pun kita nak jadi, jadilah. Asalkan jangan tinggal tanggungjawab sepertimana yang di sebut dalam ayat ni. Kita kan sesama muslim. Kena saling mengingatkan. Okay?

Now jom kita kupas sikit pasal do dae che nuga. Personally, persoalan ni tak akan ada habisnya. Bayangkan, sejak kecil lagi kau dah ditanya cita-cita bila besar nanti nak jadi apa? Fast forward masuk uni, kau kena pilih kos pulak. Walhal kau pun sebenarnya tak tahu sangat kau nak jadi apa. Aku pernah dengar ada orang share kat insta. Hmm, bermanfaat jugak insta ni kadang2.

Most of us living someone else’s dream.

Siapakah someone else itu? Well, it depends on you, siapa yang control hidup kau. Cop, bukan nak perlekehkan kau dengar cakap orang, apatah lagi kalau orang tu parents kau. Nope. It’s good that someone is looking after you. Guides your way. Not everyone has that privilege, ada orang lost dan terkandas.

Dan ada yang memilih untuk stay kat middle ground. Siapakah agak-agaknya? Betul, si dia yang pakat go with the flow. Aku sampai sekarang tak tahu nak bezakan belayar di lautan dengan kompas vs membiarkan angin menjadi penentu destinasi tujuan. Pehh, puitis jugak aku ni kekadang. Haha. But serious, aku rasa aku termasuk dalam kategori yakin & tawakkal. Iaitu, yakin dengan pilihan aku & tawakkal kalau2 la ribut datang, atau time tu kompas aku tak function pulak. Kau macam mana? Kalau orang kata, kau boleh tukar destinasi pada bila-bila masa, kau yakin? Wehh, susah gila soalan ni. 

Aku ada banyak sedara yang kecik2 lagi tau, somehow diorang look up to me. Aisehmen, masuk bakul lagi. Huhu. Mian. Ok actually bukan macam tu maksud aku. Adik2 kita ni cenderung untuk copy+paste kakak atau abang yang diorang rasa cool. At least cool bagi diorang. Bukan kakak2 or abang2 je. Kadang nak jadi macam someone yang muda dari dia pun ada. Terinspirasi katanya. Orang2 yang cool ni lately kita kenali mereka sebagai Influencer. Tugas dorang adalah memberi influence kepada masyarakat untuk menjadi seperti mereka. Or at least, inspired everyone with the key message, everyone can be like me. Everyone can have my place and be me. Its just the matter of whether you want it or not. Kat mana nak jumpa Influencer ni? It’s freakin easy? Bukak “Explore” kat Insta atau simply scroll down timeline kat Twitter atau binge-watch YouTube. Banyak weh. Berlambak.

Segala benda yang ada atas muka bumi adalah berlawan. Hitam dan putih, siang dan malam, panas dan sejuk, sihat dan sakit, bla bla bla.. The list goes on. Influencer tak terkecuali gais. Kita describe contrast dalam kalangan Influencer ni dengan teori polarity – positive & negative. Penjelasan yang sangat literal. Positive itu baik, negative itu tidak baik. Simple. Kalau si adik kita tadi tu lebih banyak terdedah kepada salah satu darinya, maka itulah kompas bagi mereka (at least for quite some times). But, surprisingly. Influencer ni tak target adik2 je tau, power diorang ni. Segala lapisan masyarakat pun ter-expose. Salah siapa? Wehh, itu persoalan besar. Aku malas nak sentuh. Panjang pulak nanti. Pukul berapa pulak aku nak tido karang.

Point is, pernah tak terlintas dalam kepala kau perkara2 macam ni time scroll timeline kat media social? 

“Kalau aku jadi macam dia ni kan bagus. Bisnes sendiri, dialah boss, dialah perkerja…”

“Cantiknya dia ni, cantik luar dan dalam. Nyanyi sedap, ngaji sedap, masak sedap…”

“Wahh, syoknya jadi dia ni, boleh travel banyak negara, travel sambil kerja pulak tu..”

Lepas tu kau mula lah persoalkan..

“Kenapa lah aku tak jadi macam dia..”

Kau follow pulak life senior yang kau look up to zaman sekolah dulu. Wah, gempak dia ni, kau nak jadi macam dia sebab dia dah berjaya sekarang. Jawatan tinggi, kerja nampak cam relax je, masyukk, banyak masa dengan family, selalu travel for work & leisure. Yang kau ni baru je start, bertatih lagi. Tak tahu lagi pun sesuai ke tak dengan kerja kau, dan kau mula bertanya,

“Serious la aku ni? Betul ke nak jadi macam dia ni..?”

Haa… Kau dah terkena beb. Kau dah ter-influence dah tu. Kalau kau sedar benda ni masa bermimpi nak jadi macam dia dulu, mungkin kau ada peluang untuk timbang balik keputusan kau. Tapi kalau kau dah yakin, follow je. In sha Allah. Persoalannya bila kau dah pun set coordinate destinasi yang kau nak tuju tu, dan bergerak slowly ke arah itu, and suddenly, here comes the second thought. Chill. Embrace it. Jangan takut, peluang masih ada, dan sentiasa ada. The future is unknown. No ones ever know what will happen. Mungkin rezeki kau kat tempat lain, so second thought tu muncul as a guidance? Who knows.

Like I said, ini persoalan yang tiada had umur dan tiada hentinya. Aku rasa sampai ke anak cucu aku akan keep having second thoughts on whether I want to go for swimming class at the age of 60 or learn to play drums. Hehehe. Life is too short and yolo – so make  it worth. Keep tabs on you cruise and calibrate your compass from time to time. So when something goes wrong, anytime, tukar lah destinasi. Tapi kan bro, sebagai seorang muslim, kau kena ingat, kompas kau perlu sentiasa pointed to one direction only, technically (to the north), spiritually, hadam ayat 56 tadi.

Sekecil mana pun aku dan kau, kita layak digelar Influencer. Mungkin kepada kumpulan yang lebih kecil – family, member, ex schoolmate dan berapa kerat followers yang kita ada kat social media. Whether you like it or not, they are called followers for a reason, isn’t it? The point is, influence dari ‘luar’ ni mungkin penyebab kita jadi kurang pasti dengan hala tuju hidup kita, dengan pilihan yang kita buat. 

“Aku ni betul ke nak jadi Takaful Advisor sepenuh masa?”,

“Serius la – aku nak jadi suri rumah je ni, gantung master degree demi apa coba?”

And et cetera. Contoh je. Sebabnya kita dok follow life orang lain kan, so kita jadi anxious. Gais, hidup ni memang penuh dengan ketidakpastian. Even kekadang kau kena repeat personality test sebab kau cam tak kenal dah siapa diri kau yang sebenarnya, apa sebenarnya yang kau nak capai dalam hidup yada yada~ Unlike me, I’m taking personality test just for fun. Macam jawab IQ test. Lol, boring sangat tu.

Apa2 pun, surround yourself with positive vibes, keep track of your Iman and Ibadah, find peace in every decisions and every choices you make and be patience. Your time will come, just not now.

This post is dedicate to those of you yang terkesan dengan sitausi COVID19 ketika ini. Ada yang ditamatkan kotrak, di rehatkan sementara tanpa gaji dan bergaji dan ada juga yang dihentikan. Harap bersabar. Semoga ada pintu rezeki lain terbuka untuk korang. Dan kepada yang masih berdepan dengan ketidakpastian, harap bersabar jugak. Have faith everyone. Semoga sentiasa dilindungi Tuhan dari fitnah dunia. So, aku akhiri penulisan pagi ini dengan satu quote.

embrace-uncertainty-some-of-the-most-beautiful-chapters-in-our-8779105

Credit to owner, I din own this but I tot it’s cute.

Baiii~

 

Leave a comment